Seksyen 5C
Peminjaman pegawai atau askar-lasykar
Majlis Angkatan Tentera boleh meminjamkan mana-mana pegawai atau askar-lasykar ke perkhidmatan—
(a)
sesuatu jabatan Kerajaan Persekutuan;
(b)
sesuatu Negeri;
(c)
sesuatu pihak berkuasa tempatan;
Akta Angkatan Tentera 27
(d)
sesuatu badan berkanun; atau
(e)
sesuatu organisasi, di dalam atau di luar Malaysia:
Dengan syarat bahawa pegawai atau askar-lasykar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus menjadi anggota angkatan tetap tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh jabatan
Kerajaan Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang kepada perkhidmatannya dia dipinjamkan.