Skip to content

Seksyen 5B

Pertugasan pegawai atau askar-lasykar kepada angkatan di dalam dan di luar Malaysia

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 7 of 129
Seksyen 5B
(1)

Majlis Angkatan Tentera boleh menugaskan mana-mana pegawai atau askar-lasykar buat sementara kepada—

(a)

mana-mana angkatan pelawat yang ada di Malaysia menurut perenggan 17(1)(b) Akta Angkatan Pelawat 1960 [Akta 432];

atau

(b)

mana-mana angkatan asing sesuatu negara lain di luar

Malaysia.

(2)

Sesuatu perintah yang dibuat menurut perenggan (1)(b)

hendaklah mengikat pegawai atau askar-lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada undang-undang tentera di bawah Akta ini setakat, dan tertakluk pada apa-apa penyesuaian dan ubah suaian sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pertugasan anggota angkatan itu di negara itu.