Atomic Energy Licensing Act 1984 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Liabiliti Terhadap Kerosakan Nuklear
46. Pengecualian terhadap liabiliti
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam Akta ini, tiada seorang pun adalah bertanggungan terhadap mana-mana
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
kerosakan nuklear yang disebabkan oleh insiden nuklear yang diakibatkan secara langsung oleh sesuatu perbuatan konflik bersenjata, permusuhan, perang saudara, penderhakaan atau suatu bencana alam yang besar dan luar biasa keadaannya.
Pengendali pepasangan tidaklah bertanggungan di bawah
Akta ini terhadap kerosakan nuklear—
kepada pepasangan nuklear itu sendiri atau kepada apa-apa harta di tapak pepasangan nuklear tersebut yang diguna atau akan digunakan berkaitan dengan pepasangan nuklear tersebut; atau
kepada kenderaan dalam mana bahan nuklear yang terlibat itu dibawa pada masa insiden nuklear itu berlaku.