Seksyen 60
Jaminan kewangan
of Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984
(1)
Tiada apa-apa lesen untuk mengendalikan suatu pepasangan nuklear atau mengimport atau mengeksport bahan nuklear ke Malaysia atau dari Malaysia boleh dikeluarkan di bawah
Akta ini oleh pihak berkuasa berkenaan kepada seorang pengendali pepasangan atau mana-mana orang lain melainkan jika pengendali pepasangan atau orang lain menjamin dan menyenggara insurans atau jaminan kewangan lain yang meliputi liabilitinya terhadap kerosakan nuklear di bawah Akta ini.
(2)
Lembaga hendaklah menetapkan jenis dan terma insurans atau jaminan kewangan lain yang hendaklah dijaminkan atau disenggarakan oleh pengendali pepasangan atau mana-mana orang lain, dan insurans atau jaminan kewangan lain itu yang boleh termasuk insurans persendirian, tanggung rugi kontrak persendirian, insurans diri atau gabungan daripadanya atau keterangan lain mengenai keupayaan kewangan bagi membayar pampasan di bawah
Akta ini.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
(3)
Walau apa pun undang-undang yang berlawanan tiada seorang pun penanggung insurans atau penggerenti kewangan lain boleh menggantung, membatal atau mengubah jenis dan terma-terma insurans atau jaminan kewangan lain yang diadakan di bawah seksyen ini tanpa memberi sekurang-kurangnya dua bulan notis bertulis kepada Lembaga tentang niatnya untuk berbuat demikian, atau setakat mana insurans atau jaminan kewangan lain itu berkaitan dengan membawa bahan nuklear, dalam tempoh pembawaan yang berkenaan itu.