Skip to content

Seksyen 44

Liabiliti terhadap kerosakan nuklear dari bahan nuklear dalam transit

of Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984

ActIn forceProvision 44 of 71
Seksyen 44

(1)

Jika bahan nuklear sedang dibawa melalui Malaysia dalam transit ke destinasi yang dicadangkannya di luar Malaysia dan suatu insiden nuklear berlaku di Malaysia, maka orang yang dilesen bagi mengangkut bahan nuklear itu oleh pihak berkuasa kompeten di negara dari mana bahan nuklear itu dibawa keluar adalah bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan nuklear yang berlaku itu.

(2)

Tiada seorang pun boleh membawa bahan nuklear dalam transit melalui Malaysia ke destinasi yang dicadangkannya di luar

Malaysia melainkan jika orang itu—

(a)

memberi apa-apa jaminan kewangan sebagaimana dikehendaki oleh Lembaga; dan

(b)

memberi bukti yang memuaskan kepada Lembaga bahawa dia diberi kuasa berbuat demikian oleh negara dari mana bahan nuklear itu sedang dibawa keluar.