Seksyen 55
Perakuan kepada pembawa
of Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984
(1)
Pengendali pepasangan hendaklah memberi kepada pembawa bahan nuklear suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak penanggung insurans atau penggerenti kewangan lain yang memberi jaminan kewangan yang dikehendaki di bawah seksyen 60.
(2)
Perakuan itu hendaklah menyatakan nama dan alamat pengendali pepasangan dan amaun, jenis dan tempoh lamanya jaminan kewangan itu dan butir-butir ini tidak boleh dipertikaikan oleh orang yang untuknya atau bagi pihaknya perakuan itu dikeluarkan.
(3)
Perakuan itu hendaklah juga menyatakan bahan nuklear yang diliputi oleh jaminan kewangan itu dan hendaklah termasuk suatu pernyataan oleh pihak berkuasa berkenaan bahawa orang yang dilantik itu adalah seorang pengendali pepasangan dalam erti
Bahagian ini.