Atomic Energy Licensing Act 1984 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Liabiliti Terhadap Kerosakan Nuklear
63. Penetapan hak dan tindakan
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), hak mendapat pampasan di bawah Akta ini adalah terhenti dua puluh tahun selepas tarikh insiden nuklear itu.
Tindakan untuk pampasan di bawah Akta ini adalah terhalang melainkan ianya dibawa dalam tempoh dua puluh tahun dari tarikh orang yang menanggung kerosakan nuklear itu tahu atau semunasabahnya telah tahu mengenai kerosakan itu:
Dengan syarat bahawa—
mana-mana orang yang mengaku telah menanggung kerosakan nuklear dan yang telah membawa suatu tindakan untuk pampasan dalam tempoh yang berkenaan menurut subseksyen ini boleh meminda tuntutannya untuk mengambil kira apa-apa tambahan kepada kerosakan itu, walaupun selepas tamat tempoh tersebut; dan
keputusan muktamad belum dicatatkan mengenai kes itu.