Seksyen 52
Beberapa pengendali pepasangan bertanggungan
of Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984
(1)
Jika kerosakan nuklear melibatkan liabiliti kepada lebih daripada seorang pengendali pepasangan, semua pengendali pepasangan yang terlibat hendaklah, setakat mana kerosakan yang boleh dikaitkan kepada tiap-tiap seorang pengendali itu tidak semunasabahnya dapat diasingkan, bertanggungan secara bersesama dan berasingan.
(2)
Jika suatu insiden nuklear berlaku semasa bahan nuklear sedang dibawa di dalam Malaysia, sama ada dalam satu kenderaan yang sama, atau, dalam hal penstoran yang bersampingan dengan pembawaan, dalam satu pepasangan nuklear yang sama, dan menyebabkan kerosakan nuklear yang melibatkan liabiliti kepada lebih daripada seorang pengendali pepasangan, jumlah liabiliti tidak boleh lebih daripada amaun yang ditetapkan di bawah seksyen 59.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen 61(2), dalam kedua-duanya kes disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) liabiliti mana-mana pengendali pepasangan tidak boleh lebih daripada amaun yang ditetapkan di bawah seksyen 59.
Liabiliti pengendali bagi beberapa pepasangan nuklear yang terlibat dalam suatu insiden nuklear