Seksyen 10
Kuasa Lembaga memajakkan atau memberi lesen mengenai pesisir pantai
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Lembaga boleh, bagi sebanyak mana sewa atau bayaran lain, dan apa-apa tempoh, dan tertakluk kepada apa-apa waad, syarat dan sekatan yang difikirkan patut, memajakkan atau memberi lesen, di bawah tandatangan Pengerusi, kepada mana-mana orang untuk menduduki atau mengguna mana-mana bahagian pesisir yang terletak hak pada Lembaga.
(2)
Walau apa pun peruntukan seksyen 8 (1), tiada apa-apa pajakan atau lesen yang diberi di bawah subseksyen (1) selama tempoh lebih daripada dua belas bulan boleh menjadi sah melainkan jika ia telah dibuat dengan kelulusan Menteri secara bertulis.
(3)
Kuasa-kuasa di bawah subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dijalankan dengan tujuan menyebabkan apa-apa halangan kepada pelayaran tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri secara bertulis.