Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2015Read it in English

13. Kewangan dan akaun Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah menyenggara akaun yang patut dan tetap dan rekod-rekod lain mengenai wang yang diterima dan dibayar oleh

Lembaga dan berbagai-bagai tujuan yang baginya wang itu telah diterima atau dibayar, dan mengenai aset, kredit, dan tanggungannya.

(2)

Hasil Lembaga bagi mana-mana tahun kewangan hendaklah diguna bagi membayar caj-caj yang berikut bagi tahun tersebut:

(a)

perbelanjaan kerja dan penubuhan;

(b)

penyelenggaraan, kesusutan dan pembaharuan harta benda, dan penjalanan fungsi,

Lembaga yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada hasil;

(c)

bunga atas pinjaman dan pembayaran balik wang yang dipinjam; dan

(d)

apa-apa perbelanjaan modal sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga hendaklah dipertanggung kepada hasil.

(3)

Amaun yang berbaki daripada hasil Lembaga bagi mana-mana tahun kewangan, setelah dibayar caj yang tersebut dalam subseksyen (2), hendaklah diguna untuk mengimbuh apa-apa kekurangan dalam hasil yang dibawa ke depan dari tahun yang lalu, dan ke semua atau mana-mana bahagian daripada baki itu, jika ada, boleh dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhirnya tahun itu dimasukkan ke mana-mana rizab yang diluluskan oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(4)

Wang yang ada dalam kredit rizab itu boleh diguna untuk menjalankan usaha Lembaga.

(5)

Lembaga boleh membuka dan menyenggara suatu akaun semasa di bank yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

Report

Bahagian III

Pegawai dan Pekhidmat

Bahagian IV

Caj dan Mendapat Caj

Bahagian V

Tanggungan Lembaga

Bahagian VI

Pelabuhan, Dermaga dan Premis

Bahagian VII

Permaliman

Bahagian VIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian IX

Kesalahan, Kerosakan, Penalti dan Tatacara

Bahagian X

Pemindahan, Peralihan dan Am

Schedules