Skip to content

Seksyen 7

Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 9 of 110
Seksyen 7

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga memberi kepada Lembaga arahan secara am dan yang tidak berlawanan dengan

Akta ini tentang penjalanan dan pelaksanaan fungsi dan tugasnya berhubung dengan perkara yang didapatinya menyentuh kepentingan

Malaysia dan Lembaga hendaklah menguatkuasakan semua arahan yang sedemikian itu.

(2)

Bagi membentuk program penyusunan semula atau pembangunan serta kemajuan yang melibatkan sebahagian besar perbelanjaan modal Lembaga hendaklah bertindak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dari semasa ke semasa dengan kelulusan

Menteri.