Skip to content

Seksyen 19

Anggaran hasil dan perbelanjaan

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 23 of 110
Seksyen 19
(1)

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan sebelum bermulanya tahun kewangan yang dimaksudkan itu, mengemukakan anggaran hasil dan perbelanjaan tahunan (termasuk perbelanjaan modal) kepada Menteri untuk kelulusannya dan Menteri boleh pada

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

bila-bila masa dalam tempoh satu bulan selepas anggaran hasil dan perbelanjaan tahunan itu diterima, menolak atau meminda mana-mana butiran mengenai perbelanjaan modal yang terdapat dalam anggaran itu, atau mana-mana bahagiannya, dan kembalikannya kepada

Lembaga untuk dipinda.

(2)

Lembaga hendaklah dengan serta-merta meminda apa-apa anggaran yang dikembalikan kepadanya di bawah subseksyen (3) dan hendaklah menghantar semula anggaran itu sebagaimana dipinda kepada Menteri.