Seksyen 14
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Seksyen 14
Wang yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan dengan segera bagi menjalankan mana-mana fungsi Lembaga hendaklah, jika dilabur, dilaburkan oleh Lembaga ke dalam pelaburan yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis mengenai pelaburan wang amanah, atau dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, atau boleh dideposit dalam bank atau institusi kewangan yang diluluskan olehnya;
Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh melaburkan wang dalam sekuriti yang dikeluar atau didaftar, atau harta benda lain yang terletak, di luar Malaysia kecuali dengan kelulusan secara bertulis daripada Menteri Kewangan terhadap membuat pelaburan itu.
(2)
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memberi sumbangan wang bagi kebajikan kakitangannya atau bagi tujuan orang ramai atau badan khairat.
Pemeriksaan dan pengauditan akaun