Seksyen 8
Kuasa Lembaga tentang harta
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Tiada apa-apa pengambilan atau pelupusan harta tak alih oleh
Lembaga, termasuk kepentingan berupa pajakan harta itu selama lebih tempoh lebih daripada tiga tahun atau gadai janji harta itu, boleh menjadi sah melainkan jika pengambilan, pelupusan, pajakan atau gadai janji itu telah dibuat dengan kelulusan Menteri secara bertulis.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
(2)
Lembaga hendaklah menyebabkan apa-apa harta yang dibeli atau selainnya diperoleh, yang diletak hak sebagai hadiah atau selainnya, atau yang dilupuskan supaya dinilai pada tarikh harta itu dibeli atau diperoleh, diberi atau dilupuskan, dan hendaklah dengan serta-merta menyebabkan butir-butir lanjut mengenai penilaian itu ditunjukkan dalam akaunnya.
(3)
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuan
Menteri Kewangan melalui perintah dalam Warta memindahkan kepada Lembaga apa-apa harta alih dan tak alih yang terletak hak pada
Kerajaan atau dipunyai oleh Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu, dan apa-apa harta yang dipindahkan sedemikian hendaklah terletak hak pada Lembaga tanpa apa-apa jaminan lagi.
(4)
Apa-apa pemindahan di bawah subseksyen (3) hendaklah tertakluk kepada apa-apa had dan syarat sebagaimana dinyatakan oleh
Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, dan perintah itu boleh memasukkan peruntukan mengenai hak, kepentingan, hutang, tanggungan dan kewajipan berkenaan dengan harta itu yang hendak dipindahkan kepada Lembaga dan disifatkan sebagai telah diambil atau dilakukan oleh Lembaga, mengikut mana yang berkenaan.