Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian IV · Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom

10. Notis untuk mengalih atau mengubah binaan, pokok dan tumbuh-tumbuhan lain di dalam kawasan terkawal

Feedback & support
(1)

Menteri, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh

Menteri bagi maksud itu, boleh, dengan notis bertulis, menghendaki pemunya atau penduduk mana-mana tanah yang tertakluk kepada apa-apa perintah di bawah seksyen 9, dalam tempoh yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disampaikan kepada orang yang berkenaan itu, sebagaimana yang ditetapkan oleh notis itu—

(a)

supaya mengalih atau merendahkan mana-mana binaan atas tanah itu yang tingginya lebih daripada yang dinyatakan dalam perintah itu, sama ada binaan itu telah didirikan sebelum atau selepas perintah itu dibuat, atau mana-mana pokok atau tumbuh-tumbuhan tinggi yang lain, sama ada yang ditanam dengan melanggar perintah itu atau yang pada pendapat

Menteri mungkin menyebabkan suatu galangan kepada kapal udara atau menghalang pelaksanaan apa-apa pertolongan kepada penerbangan udara; dan

(b)

supaya mengambil apa-apa langkah berhubung dengan, atau untuk menguatkuasakan apa-apa perubahan kepada, mana-mana binaan, pokok atau tumbuh-tumbuhan lain atas mana-mana tanah di dalam kawasan terkawal, atau mana-mana bahagian kawasan itu, sebagaimana yang perlu untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh sesuatu perintah di bawah seksyen 9 yang terpakai kepada binaan, pokok atau tumbuh-tumbuhan itu atau, berkenaan dengan sesuatu binaan yang didirikan atau pokok atau tumbuh-tumbuhan yang telah pun ada sebelum perintah itu dibuat, yang akan dipakai kepada binaan, pokok atau tumbuh-tumbuhan lain itu jika binaan itu telah didirikan atau pokok atau tumbuh-tumbuhan lain itu telah ditanam selepas perintah itu dibuat.

(2)

Jika berlaku kemungkiran pada mematuhi notis itu dalam masa yang ditetapkan dalam notis itu, mana-mana pegawai yang

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

diberi kuasa oleh Menteri, sama ada dengan amnya atau dengan khasnya bagi maksud itu, boleh memasuki tanah itu dan menyebabkan diambil apa-apa tindakan sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu, dan boleh mendapatkan balik belanja bagi, dan segala perbelanjaan yang dilakukan pada membuat, apa-apa kerja yang perlu daripada orang yang melakukan kemungkiran itu.

Report

Bahagian V

Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara

Bahagian VI

Penahanan Kapal Udara

Bahagian VII

Karaman dan Penyelamatan

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules