Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian IV · Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom
8. Kuasa untuk mengisytiharkan kawasan terkawal
Feedback & supportApabila Menteri berpendapat bahawa adalah, atau mungkin menjadi, perlu untuk keselamatan penerbangan udara berdekatan dengan sesuatu aerodrom atau untuk menjamin pelaksanaan yang cekap akan apa-apa pertolongan kepada penerbangan udara, sama ada yang terletak di sesuatu aerodrom atau yang berdekatan dengannya atau yang di tempat lain bahawa sesuatu kawasan patut dibersihkan atau dijauhkan dari galangan, dia boleh, bersama dengan Raja atau
Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri yang berkenaan itu, dengan perintah, mengisytiharkan kawasan itu sebagai suatu kawasan terkawal bagi maksud Bahagian ini dan hendaklah menentukan sempadan bagi kawasan itu.