Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian IX · Pelbagai
24N. Kuasa untuk mengkompaun
Feedback & supportKetua Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
Apa-apa wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 3