Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian IX · Pelbagai
24O. Penyiaran notis, dsb
Feedback & supportTiap-tiap notis, surat pekeliling, surat arahan dan maklumat yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara yang pada pendapat Ketua Pengarah akan memastikan bahawa notis, surat pekeliling, surat arahan dan maklumat itu dibawa kepada perhatian orang yang dikehendaki supaya mematuhi notis, surat pekeliling, surat arahan dan maklumat itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis, surat pekeliling, surat arahan dan maklumat itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.