Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

12F. Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah dan garis panduan

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah dan garis panduan sebagaimana yang perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

(2)

Secara khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah dan garis panduan itu boleh memperuntukkan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

fungsi dan tugas pegawai dan kakitangan;

(b)

penentuan kehendak yang mengawal selia pengiktirafan dan penganugerahan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf untuk diberikan oleh Institut;

(c)

syarat dan kemasukan dan kebajikan pelajar;

(d)

borang yang dikehendaki bagi maksud Akta ini; dan

(e)

apa-apa perkara yang tergolong dalam kuasa Institut di bawah seksyen 4A.

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Report