Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VI
37. Pewakilan dalam prosiding sivil
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh Pengerusi bagi pihak Suruhanjaya, boleh memulakan, hadir dalam dan menjalankan prosiding dan boleh membuat dan memasukkan semua kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan apa-apa prosiding sivil itu oleh atau terhadap Suruhanjaya atau mana-mana orang yang memegang jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam melaksanakan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.