Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VI
37B. Nilai keterangan dokumen yang dikeluarkan atas nama Ketua Pegawai Eksekutif atau Pendaftar
Feedback & supportMana-mana perakuan, notis atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan, disampaikan atau diberikan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif atau Pendaftar atau pegawai yang diberi kuasa sewajarnya sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Pendaftar, menurut Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, hendaklah ditentusahkan secukupnya jika nama Ketua Pegawai
Eksekutif atau Pendaftar atau pegawai diberi kuasa dicetak, dicap atau selainnya ditulis padanya mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif atau Pendaftar, dan hendaklah, dalam mana-mana prosiding boleh diterima sebagai keterangan prima facie.