Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VI
38. Kewajipan kerahsiaan
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai, pekerja atau ejen Suruhanjaya, sama ada dalam tempoh pemegangan jawatannya atau tempoh penggajiannya atau selepas itu, dan tiada orang lain yang mempunyai akses dengan apa-apa jua cara kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 614
Suruhanjaya boleh memberikan atau selainnya mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.