Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian VI

38C. Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod

Feedback & support

Seseorang yang—

(a)

memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau

(b)

menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud

Suruhanjaya atau Pendaftar atau untuk menghalang, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 51

Report