Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VI
38D. Pemberian maklumat
Feedback & supportSeseorang melakukan suatu kesalahan jika—
dia mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa Suruhanjaya atau Pendaftar sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
dia mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 614
Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—
dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau
dia mempunyai kuasa sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.