Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VI
38B. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika suatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama, mana-mana orang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pekongsi, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 614
Jika mana-mana orang di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti untuk perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam melaksanakan pekerjaannya;
oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja ejen itu dalam perjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.