Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VI
38A. Pengkompaunan kesalahan
Feedback & supportPendaftar boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa
Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pendaftar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh
Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pendaftar, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 49
Segala wang yang diterima oleh Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 28.
Berhubung dengan kesalahan yang boleh dikompaun di bawah subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu.