Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian VI

38E. Rayuan

Feedback & support
(1)

Melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, mana-mana orang yang terkilan dengan—

(a)

keengganan Suruhanjaya atau Pendaftar untuk mendaftar atau menerima apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh

Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama; atau

(b)

apa-apa tindakan atau keputusan Suruhanjaya atau

Pendaftar di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, boleh merayu kepada Menteri secara bertulis dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keputusan Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Jika rayuan dibuat di bawah subseksyen (1), keputusan

Suruhanjaya tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan oleh Menteri.

(3)

Dalam sesuatu rayuan,

Menteri boleh mengesahkan, mengubah, mengetepikan keputusan Suruhanjaya atau membuat apa-apa keputusan yang difikirkan patut oleh Menteri.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh—

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 53

(a)

membentuk suatu jawatankuasa untuk membantunya dalam mencapai keputusan itu;

(b)

meminta maklumat atau dokumentasi atau wakil peribadi daripada mana-mana orang daripadanya untuk dia berpuas hati dengan permohonan itu; dan

(c)

mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa tindakan atau keputusan Suruhanjaya atau Pendaftar—

(a)

berkenaan dengan apa-apa peruntukan bersifat rayuan atau kajian semula yang jelas diperuntukkan dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

atau

(b)

yang diisytiharkan oleh Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebagai terakhir dan muktamad atau termaktub dalam apa-apa dokumen yang diisytiharkan oleh Akta ini sebagai keterangan muktamad mengenai apa-apa tindakan, perkara atau benda.

Report