Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian V · Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang

31. Gerenti tersirat mengenai hakmilik

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (5), gerenti yang berikut hendaklah tersirat jika barang dibekalkan kepada pengguna:

(a)

bahawa pembekal mempunyai hak untuk menjual barang itu;

Perlindungan Pengguna 65

(b)

bahawa barang itu adalah bebas daripada apa-apa cagaran yang tidak didedahkan; dan

(c)

bahawa pengguna mempunyai hak kepada milikan aman barang itu, kecuali setakat yang hak itu diubah oleh—

(i)

sesuatu terma perjanjian bagi pembekalan jika perjanjian itu ialah perjanjian sewa beli mengikut pengertian Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212];

(ii)

cagaran yang didedahkan; atau

(iii)

terma perjanjian untuk pembekalan.

(2)

Jika subperenggan (1)(c)(ii) dan (iii) terpakai, pembekal hendaklah pertamanya menasihati pengguna secara lisan mengenai cara bagaimana haknya kepada milikan aman barang itu boleh diubah.

(3)

Nasihat yang diberikan oleh pembekal di bawah subseksyen (2) hendaklah sebagaimana yang mencukupi untuk membolehkan pengguna yang munasabah memahami bentuk umum dan kesan pengubahan itu.

(4)

Jika pengguna telah menerima nasihat lisan di bawah subseksyen (2)—

(a)

pembekal hendaklah memberi pengguna itu suatu salinan bertulis cagaran atau perjanjian untuk pembekalan atau salinan bertulis bahagiannya yang mengandungi peruntukan bagi pengubahan sebagaimana yang diterangkan kepada pengguna di bawah subseksyen (2); dan

(b)

pengguna hendaklah mengakui secara bertulis penerimaan salinan itu.

(5)

Jika barang itu hanyalah disewakan atau dipajakkan—

(a)

perenggan (1)(a) dan (b) tidaklah terpakai; dan

(b)

perenggan (1)(c) hendaklah memberikan hak milikan aman barang itu hanya selama tempoh sewaan atau pajakan itu.

Undang-Undang Malaysia 66

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

“cagaran yang tidak didedahkan” ertinya apa-apa cagaran yang—

(a)

tidak didedahkan kepada pengguna secara bertulis sebelum dia bersetuju kepada pembekalan; dan

(b)

tidak diwujudkan oleh atau dengan izinnya yang nyata;

“hak untuk menjual” ertinya hak untuk melupuskan pemunyaan barang kepada pengguna pada masa pemunyaan itu berpindah.

Report

Bahagian VI

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VII

Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VIII

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian IX

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian X

Liabiliti Keluaran

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules