Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian V · Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang
36. Gerenti tersirat mengenai harga
Feedback & supportJika barang dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa pengguna tidaklah kena membayar kepada pembekal lebih daripada harga yang munasabah bagi barang itu jika harga barang itu tidak—
ditentukan melalui kontrak;
dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak; atau
dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak-pihak itu.
Jika terdapat kegagalan untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah subseksyen (1), hak tebus rugi bagi pengguna hanyalah untuk enggan membayar lebih daripada harga yang munasabah itu.
Tiada apa-apa jua dalam Bahagian VI boleh dikira sebagai memberi pengguna apa-apa hak tebus rugi yang lain.
Undang-Undang Malaysia 70
Bagi maksud seksyen ini, apa yang dikatakan “harga yang munasabah” ialah persoalan fakta yang bergantung pada hal keadaan setiap kes tertentu, dan jika harga telah ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, harga yang munasabah hendaklah sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang-undang bertulis itu.