Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian V · Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang
37. Gerenti tersirat mengenai pembaikan dan barang ganti
Feedback & supportJika barang import atau buatan tempatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa pengilang dan pembekal akan mengambil tindakan munasabah untuk memastikan bahawa kemudahan bagi pembaikan barang itu dan bekalan barang ganti bagi barang itu boleh didapati dengan munasabah selama suatu tempoh yang munasabah selepas barang itu dibekalkan sedemikian.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika tindakan munasabah telah diambil untuk memaklumkan pengguna, pada atau sebelum masa barang import atau buatan tempatan itu dibekalkan, bahawa pengilang atau pembekal atau kedua-duanya tidak mengaku janji bahawa kemudahan pembaikan dan barang ganti akan boleh didapati bagi barang itu.
Jika tindakan munasabah telah diambil untuk memaklumkan pengguna, pada atau sebelum masa barang itu dibekalkan, bahawa pengilang atau pembekal atau kedua-duanya tidak mengaku janji bahawa kemudahan pembaikan dan barang ganti akan boleh didapati bagi barang itu selepas tamat suatu tempoh tertentu, subseksyen (1) tidaklah terpakai berhubung dengan barang import atau buatan tempatan itu selepas tamat tempoh itu.