Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian V · Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang
35. Gerenti tersirat bahawa barang mematuhi sampel
Feedback & support(1)
Gerenti yang berikut hendaklah tersirat jika barang dibekalkan kepada pengguna dengan merujuk kepada sampel atau model tunjuk cara:
(a)
bahawa barang itu bersamaan dengan sampel atau model tunjuk cara itu dari segi kualiti; dan
(b)
bahawa pengguna akan mempunyai peluang yang munasabah untuk membandingkan barang itu dengan sampel atau model tunjuk cara itu.
(2)
Jika barang itu dibekalkan dengan merujuk kepada perihal serta juga dengan menggunakan sampel atau model tunjuk cara, gerenti tersirat dalam seksyen ini dan seksyen 34 hendaklah terpakai.