Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian V · Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang

38. Gerenti nyata pengilang

Feedback & support
(1)

Sesuatu gerenti nyata yang diberikan oleh pengilang barang yang dibekalkan kepada pengguna hendaklah mengikat pengilang itu setakat yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3) dan (4).

Perlindungan Pengguna 71

(2)

Sesuatu gerenti nyata berkenaan dengan barang yang diberikan oleh pengilang dalam sesuatu dokumen mengikat pengilang itu jika dokumen itu diberikan kepada pengguna dengan kuasa sebenar atau tampak pengilang itu berkaitan dengan pembekalan barang itu oleh pembekal kepada pengguna.

(3)

Sesuatu gerenti nyata yang terkandung dalam sesuatu dokumen yang berhubungan dengan barang dan yang tampaknya telah dibuat oleh pengilang barang itu hendaklah, dalam ketiadaan bukti sebaliknya, dianggap telah dibuat oleh pengilang itu.

(4)

Bukti bahawa pengguna telah diberi dokumen yang mengandungi gerenti nyata oleh pengilang berkenaan dengan barang berkaitan dengan pembekalan barang itu kepada pengguna itu hendaklah, dalam ketiadaan bukti sebaliknya, menjadi bukti bahawa dokumen itu telah diberikan kepada pengguna itu dengan kebenaran pengilang itu.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “gerenti nyata”, berhubung dengan apa-apa barang, ertinya suatu aku janji, penegasan atau representasi berhubung dengan—

(a)

kualiti, prestasi atau ciri-ciri barang itu;

(b)

pemberian perkhidmatan yang diperlukan atau mungkin pada bila-bila masa diperlukan berkenaan dengan barang itu;

(c)

pembekalan barang ganti yang diperlukan atau mungkin pada bila-bila masa diperlukan bagi barang itu;

(d)

kebolehdapatan pada masa hadapan barang yang serupa, atau barang yang menjadi atau membentuk sebahagian daripada suatu set yang dibentuk sebahagiannya oleh barang berhubungan dengan aku janji, penegasan atau representasi itu diberikan atau dibuat; atau

(e)

pemulangan wang atau balasan lain sekiranya barang itu tidak memenuhi apa-apa aku janji oleh penggerenti, yang diberikan atau dibuat berkaitan dengan pembekalan barang itu atau berkaitan dengan penggalakan melalui apa-apa cara pembekalan atau penggunaan barang itu.

Undang-Undang Malaysia 72

Report

Bahagian VI

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VII

Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VIII

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian IX

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian X

Liabiliti Keluaran

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules