Skip to content
In forceUpdated to 30 Jun 2022Read it in English

Bahagian IV · Pemunyaan dan Penyerahhakan Hak Cipta

26C. Pindaan kepada Daftar Hak Cipta

Feedback & support
(1)

Pengawal boleh membetulkan apa-apa kesilapan perkeranian dalam mana-mana catatan yang dibuat dalam Daftar Hak Cipta.

(2)

Mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi—

(a)

membetulkan apa-apa kesilapan dalam catatan dalam Daftar;

atau

(b)

memadamkan atau meminda apa-apa catatan yang dibuat secara salah dalam atau yang masih ada dalam Daftar, dan apa-apa pembetulan, pemadaman atau pindaan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “mahkamah” ertinya Mahkamah

Tinggi yang berkenaan di Malaysia.

Penyerahhakan, lesen dan pemberian berwasiat

Report

Bahagian V

Tribunal Hak Cipta

Bahagian VI

Remedi bagi Pelanggaran dan Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai