Seksyen 27H
Lesen yang kepadanya seksyen 27I hingga 27L terpakai
Seksyen 27I hingga 27L hendaklah terpakai kepada perihalan lesen yang berikut yang diberi oleh organisasi pengurusan kolektif selain daripada menurut skim pelesenan:
(a)
lesen berhubung dengan hak cipta dalam karya sastera atau muzik yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta, setakat yang ia membenarkan—
(i)
pengeluaran semula karya itu;
(ii)
pertunjukan, penayangan atau permainan karya itu kepada awam;
(iii)
penyampaian karya itu kepada orang awam; atau
(iv)
pengedaran karya itu kepada awam; dan
(b)
lesen berhubungan dengan hak cipta dalam mana-mana karya lain, setakat yang ia membenarkan—
(i)
pembuatan salinan karya itu;
60
Undang-Undang Malaysia
(ii)
pertunjukan, penayangan atau permainan karya itu kepada awam;
(iii)
penyampaian karya itu kepada orang awam; atau
(iv)
supaya karya itu ditunjukkan, ditayangkan atau dimainkan secara awam, dan dalam seksyen itu, “lesen” ertinya suatu lesen daripada mana-mana perihalan itu.