Seksyen 27J
Rujukan kepada Tribunal tentang lesen yang akan habis tempoh
(1)
Seseorang pemegang lesen di bawah suatu lesen yang akan habis tempoh, melalui peluputan masa atau hasil notis yang diberikan oleh organisasi pengurusan kolektif, boleh memohon kepada Tribunal atas alasan bahawa adalah tidak munasabah dalam hal keadaan itu bahawa lesen itu patut terhenti berkuat kuasa.
Hak Cipta 61
(2)
Suatu permohonan sedemikian tidak boleh dibuat sehingga tiga bulan terakhir sebelum lesen itu akan habis tempoh.
(3)
Suatu lesen yang berkenaan dengannya rujukan telah dibuat kepada Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah tetap berkuat kuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.
(4)
Jika Tribunal mendapati permohonan itu berasas, ia hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa pemegang lesen itu hendaklah terus berhak mendapat faedah lesen itu atas apa-apa terma yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.
(5)
Suatu perintah di bawah subseksyen (4) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.