Seksyen 27F
Permohonan bagi kajian semula perintah tentang hak untuk mendapat lesen
(2)
Suatu permohonan tidak boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran khas Tribunal,—
(a)
dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini; atau
(b)
jika perintah itu dibuat supaya berkuat kuasa bagi lima belas bulan atau kurang, atau hasil daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini yang akan habis tempoh dalam tempoh lima belas bulan daripada keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum habis tempoh perintah itu.
(3)
Tribunal hendaklah atas suatu permohonan bagi kajian semula mengesahkan atau mengubah perintahnya sebagaimana yang ditentukan sebagai munasabah oleh Tribunal dengan mengambil kira terma yang terpakai mengikut skim pelesenan itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, hal keadaan hal itu.
58
Undang-Undang Malaysia