Skip to content

Seksyen 27M

Garis panduan

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 52 of 110
Seksyen 27M
(1)

Pengawal boleh mengeluarkan garis panduan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan perisytiharan dan pengendalian organisasi pengurusan kolektif yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini.

(2)

Seseorang yang kepadanya garis panduan yang disebut dalam subseksyen (1) terpakai hendaklah mematuhi dan melaksanakan garis panduan itu.

(3)

Pengawal boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.