Skip to content

Seksyen 27K

Permohonan bagi kajian semula perintah tentang lesen

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 50 of 110
Seksyen 27K
(1)

Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27I atau 27J, organisasi pengurusan kolektif atau orang yang berhak mendapat faedah perintah itu boleh memohon kepada Tribunal untuk mengkaji semula perintahnya.

(2)

Suatu permohonan tidak boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran khas Tribunal,—

(a)

dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini; atau

(b)

jika perintah itu dibuat supaya berkuat kuasa bagi lima belas bulan atau kurang, atau hasil daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini yang akan habis tempoh dalam tempoh lima belas bulan daripada keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum habis tempoh perintah itu.

(3)

Tribunal hendaklah atas suatu permohonan bagi kajian semula mengesahkan atau mengubah perintahnya sebagaimana yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

62

Undang-Undang Malaysia