Seksyen 27I
Rujukan kepada Tribunal tentang terma lesen yang dicadangkan
Terma yang atasnya organisasi pengurusan kolektif bercadang untuk memberi lesen boleh dirujukkan kepada Tribunal oleh bakal pemegang lesen.
(2)
Tribunal hendaklah pertamanya memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu, dan boleh menolaknya atas alasan bahawa rujukan itu adalah terlalu awal.
(3)
Jika Tribunal memutuskan untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah menimbangkan terma lesen yang dicadangkan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah terma itu, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.
(4)
Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.