Seksyen 45A
Akses kepada data komputer atau digital
ActIn forceProvision 85 of 110
Seksyen 45A
(1)
Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44, jika perlu, diberi akses kepada data komputer atau digital sama ada distor dalam komputer atau apa-apa medium lain.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan yang diperlukan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan data komputer itu difahami.