Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
51A. Keterangan agent provocateur boleh diterima
Feedback & supportWalau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau pensubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada agent provocateur oleh mana-mana orang yang selepas itu dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.