Skip to content

Seksyen 51

Kebolehterimaan pernyataan

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 93 of 110
Seksyen 51
(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa berlangsungnya sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak atau sama ada tidak kesemua atau sebahagian daripadanya bagi menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seorang Penolong Pengawal atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang Penolong Pengawal, seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam kes itu boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan itu boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebenarannya:

Dengan syarat bahawa—

Hak Cipta 109

(a)

tiada pernyataan itu boleh diterima atau digunakan seperti tersebut di atas—

(i)

jika pembuatan pernyataan itu ternyata kepada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji mengenai pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan yang pada pendapat mahkamah mencukupi untuk memberi orang itu alasan yang ternyata kepadanya adalah munasabah untuk mengagakkan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dapat mengelakkan apa-apa kejahatan dari jenis keduniaan berhubungan dengan prosiding terhadapnya itu; atau

(ii)

mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa jua yang kamu nyatakan, sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan.”; dan

(b)

sesuatu pernyataan yang dibuat oleh sesiapa jua sebelum sempat dia diberi amaran tidak boleh dijadikan sebagai tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah diwajibkan menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kes itu selepas dia diberi amaran.

110

Undang-Undang Malaysia