Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
50. Kuasa menyiasat
Feedback & support(1)
Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.
(2)
Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubungan
Hak Cipta 107
dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan di bawah Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593].