Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
49. Waran boleh diterima walaupun cacat, dsb
Feedback & supportSuatu waran yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau ketinggalan dalam waran itu atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen yang disita di bawah waran itu bolehlah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini.