Seksyen 46
Senarai barang-barang yang disita
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita apa-apa salinan langgaran, apa-apa salinan yang disyaki adalah suatu salinan langgaran, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen di bawah Bahagian ini hendaklah menyediakan suatu senarai barang-barang yang telah disita dan dengan serta-merta menyerahkan salinan yang telah ditandatangani olehnya kepada penduduk atau ejennya atau orang gajinya yang berada di premis itu.
(2)
Jika premis tersebut tidak diduduki, Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, barang di mana mungkin, meletakkan suatu senarai barang-barang yang disita di premis itu.