Seksyen 50A
Kuasa menangkap
Mana-mana Penolong Pengawal boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan boleh tangkap di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
(2)
Mana-mana Penolong Pengawal yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis yang terdekat atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terdekat, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.