Skip to content

Seksyen 10

Pendaftar

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 10 of 99
Seksyen 10
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (4), Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas Ketua Pendaftar atau Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan masing-masingnya.

(3)

Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, tertakluk kepada Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, mempunyai bidang kuasa, kuasa dan tugas yang sama seperti Master of the Supreme Court, Kerani Mahkamah Jenayah, Pendaftar dan pegawai yang seumpamanya di Master Court of Judicature di England dan, sebagai tambahan, apa-apa bidang kuasa, kuasa dan tugas selanjutnya yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.

(4)

Majistret yang had tempatan bidang kuasanya meluas kepada bandar yang dalamnya terletak pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi hendaklah menjadi Penolong Kanan Pendaftar ex-officio bagi Mahkamah Tinggi itu bagi segala maksud.