Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian IV · Mahkamah Persekutuan

74. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiap-tiap prosiding di Mahkamah Persekutuan hendaklah didengar dan dibereskan oleh tiga orang Hakim atau oleh apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar Hakim sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dalam apa-apa kes tertentu.

(2)

Jika Ketua Hakim Negara tidak hadir, anggota Mahkamah yang paling kanan hendaklah mengetuai.

Report