Courts of Judicature Act 1964 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian I · Permulaan dan Am
11. Pesuruhjaya Sumpah
Feedback & supportMana-mana Pendaftar dan mana-mana orang yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara untuk menjadi Pesuruhjaya Sumpah (tertakluk kepada apa-apa had yang dinyatakan dalam pelantikannya) boleh melakukan segala atau mana-mana perkara yang berikut:
menerima pengakuan perempuan bersuami dalam segala hal yang pengakuan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam;
menerima pengakuan ikatan jaminan dan bon jaminan;
mengendalikan sumpah bagi—
justifikasi bagi jaminan;
mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
menerima dan mengambil jawapan, pli, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan manamana pihak atau pihak kepada apa-apa tindakan;
pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau secara de bene esse atau secara utama atau pada bila-bila masa lain;
mengambil sumpah wasi dan pentadbir; dan
mengambil sumpah orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang belum selesai atau yang baru hendak dimulakan di mana-mana mahkamah dalam mana-mana bidang kuasanya; dan
mengambil dan menerima akuan berkanun.
Ketua Hakim Negara boleh membuat keadah-kaedah bagi pelantikan, kelakuan, fi yang hendaklah dikenakan oleh, dan bagi segala benda yang bersangkutan dengan, Pesuruhjaya Sumpah dan orang yang dilantik olehnya di bawah subseksyen (1).