Act of Parliament · Updated to 1 Nov 2024 · 4 parts
Courts of Judicature Act 1964
Feedback & supportThe superior courtsIn plain English
Not legal adviceThis Act deals with the superior courts of judicature.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Bahagian I
Permulaan dan Am
Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors
s 1Permulaan
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
s 2Section 2
(Ditinggalkan).
Nama
s 3Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"bidang kuasa tempatan" ertinya—
dalam hal Mahkamah Tinggi di Malaya, wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
dalam hal Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, termasuklah dalam mana-mana hal itu, perairan wilayah dan ruang udara di atas Negeri-Negeri itu dan perairan wilayah;
"Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Peresekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi, dan termasuklah Ketua Hakim Negara, Presiden dan Hakim Besar;
"Hakim Besar" ertinya Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, mengikut kehendak keadaan;
"Hari Malaysia" ertinya 16 September 1963;
"kausa" termasuklah apa-apa tindakan, guaman atau prosiding asal yang lain antara plaintiff dengan defendan, dan apa-apa prosiding jenayah;
"keputusan" termasuklah penghakiman, hukuman atau perintah, tetapi tidak termasuk apa-apa ketetapan yang dibuat dalam perjalanan sesuatu perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara yang tidak melupuskan hak pihak-pihak secara muktamad;
"Mahkamah"ertinya Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, mengikut kehendak keadaan;
"mahkamah rendah" ertinya mana-mana mahkamah bawahan yang daripada keputusannya, oleh sebab mana-mana undang-undang bertulis, terdapat hak untuk merayu kepada Mahkamah Tinggi dan, berhubung dengan Mahkamah Tinggi, ertinya mana-mana mahkamah sedemikian yang, melalui mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai bidang kuasa dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi itu;
"Mahkamah Tinggi" ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya, mengikut kehendak keadaan;
"pemastautin tetap" ertinya seseorang yang telah diberikan kebenaran untuk bermastautin di Malaysia tanpa had masa di bawah mana-mana undang-undang persekutuan, dan termasuklah seseorang yang dikira sedemikian di bawah manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen;
"Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar dan mana-mana Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 10;
"perkara" termasuklah tiap-tiap prosiding di mahkamah yang tidak dalam sesuatu kausa;
"Perlembagaan" ertinya Perlembagaan Malaysia;
"Presiden" ertinya Presiden Mahkamah Rayuan;
"prosiding" ertinya apa jua pun prosiding daripada jenis civil atau jenayah dan termasuklah suatu permohonan pada mana-mana peringkat sesuatu prosiding;
"tindakan" ertinya sesuatu prosiding civil yang dimulakan dengan writ atau dengan apa-apa cara lain yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah, tetapi tidaklah termasuk sesuatu prosiding jenayah.
s 4Peruntukan bagi mencegah percanggahan undang-undang
Sekiranya terdapat ketidakselarasan atau percanggahan antara Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, selain Perlembagaan, yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.
Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai atau cap daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Negara melalui pemberitahuan dalam Warta.
Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai atau cap daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Presiden melalui pemberitahuan dalam Warta.
Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai atau cap daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Hakim Besar melalui pemberitahuan dalam Warta.
Segala apa jua pun writ, saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses mandatori, sama ada sivil atau jenayah, hendaklah dikeluarkan dan hendaklah dinyatakan sebagai dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar, mengikut manamana yang berkenaan, atas nama Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar dan dimeterai atau dicap dengan meterai atau cap Mahkamah yang mengeluarkan atau membuatnya.
Segala apa jua pun writ, saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses lain, sama ada civil atau jenayah, yang dikeluarkan atau dibuat oleh atau dengan kuasa Mahkamah berkenaan dengan apa-apa kausa atau perkara dalam bidang kuasanya hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh dan boleh disampaikan atau dilaksanakan di mana-mana jua di dalam Malaysia.
s 8Keutamaan Hakim
Hakim-Hakim hendaklah mempunyai keutamaan mengikut susunan yang berikut:
Ketua Hakim Negara;
Presiden;
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya;
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak;
Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong;
Hakim Mahkamah Rayuan mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
Hakim lain mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Ketua Hakim Negara tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya (termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan) atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu, kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan—
oleh Presiden; atau
jika Presiden tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan jawatan itu, oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya; atau
jika Presiden dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu, oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; atau
jika Presiden, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu, oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang dinamakan bagi maksud itu oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Presiden tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Presiden.
Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Hakim Besar bagi Mahkamah Tinggi itu.
Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi itu yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.
Jika jawatan Presiden atau Hakim Besar kosong, kuasa Presiden atau mana-mana Hakim Besar itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh—
Hakim Mahkamah Persekutuan; atau
berkenaan dengan kekosongan dalam jawatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi itu, yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara.
Tertakluk kepada subseksyen (4), Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara.
Tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas Ketua Pendaftar atau Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan masing-masingnya.
Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, tertakluk kepada Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, mempunyai bidang kuasa, kuasa dan tugas yang sama seperti Master of the Supreme Court, Kerani Mahkamah Jenayah, Pendaftar dan pegawai yang seumpamanya di Master Court of Judicature di England dan, sebagai tambahan, apa-apa bidang kuasa, kuasa dan tugas selanjutnya yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.
Majistret yang had tempatan bidang kuasanya meluas kepada bandar yang dalamnya terletak pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi hendaklah menjadi Penolong Kanan Pendaftar ex-officio bagi Mahkamah Tinggi itu bagi segala maksud.
Mana-mana Pendaftar dan mana-mana orang yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara untuk menjadi Pesuruhjaya Sumpah (tertakluk kepada apa-apa had yang dinyatakan dalam pelantikannya) boleh melakukan segala atau mana-mana perkara yang berikut:
menerima pengakuan perempuan bersuami dalam segala hal yang pengakuan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam;
menerima pengakuan ikatan jaminan dan bon jaminan;
mengendalikan sumpah bagi—
justifikasi bagi jaminan;
mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
menerima dan mengambil jawapan, pli, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan manamana pihak atau pihak kepada apa-apa tindakan;
pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau secara de bene esse atau secara utama atau pada bila-bila masa lain;
mengambil sumpah wasi dan pentadbir; dan
mengambil sumpah orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang belum selesai atau yang baru hendak dimulakan di mana-mana mahkamah dalam mana-mana bidang kuasanya; dan
mengambil dan menerima akuan berkanun.
Ketua Hakim Negara boleh membuat keadah-kaedah bagi pelantikan, kelakuan, fi yang hendaklah dikenakan oleh, dan bagi segala benda yang bersangkutan dengan, Pesuruhjaya Sumpah dan orang yang dilantik olehnya di bawah subseksyen (1).
Pendaftar Mahkamah Tinggi hendaklah menjadi Syerif dan hendaklah ada bailif, penghantar saman dan pegawai rendah yang lain sebagaimana yang dilantik.
Syerif atau pegawainya hendaklah melaksanakan segala writ, saman, waran, perintah, kaedah, notis, suruhan dan proses lain mana-mana Mahkamah yang diberikan kepadanya oleh Mahkamah itu bagi maksud itu, dan hendaklah membuat suatu penyata mengenainya serta cara pelaksanaannya kepada Mahkamah yang daripadanya proses itu dikeluarkan, dan hendaklah menerima semua orang yang dikomitkan ke dalam jagaannya oleh Mahkamah.
Syerif atau pegawainya dalam melaksanakan apa-apa writ penyitaan dan penjualan atau apa-apa writ pelaksanaan atau distres yang lain boleh memasuki mana-mana bangunan, dan bagi maksud itu jika perlu boleh memecah buka mana-mana pintu atau tingkap di bahagian luar atau dalam bangunan itu atau apa-apa bekas di dalamnya, dengan menggunakan kekerasan yang semunasabahnya perlu bagi memasukinya.
s 13Penghinaan
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk menghukum apa-apa penghinaan terhadap dirinya.
Tiada seorang pun Hakim atau seorang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah sivil kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan supaya dilakukan olehnya dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada atau tidak dalam had bidang kuasanya, dan tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa pada masa itu dia dengan suci hati mempercayai yang dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan yang diadukan itu.
Tiada seorang pun pegawai mana-mana mahkamah atau seorang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah yang dibuat oleh mana-mana Hakim atau orang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah sivil kerana pelaksanaan apa-apa waran atau perintah yang dia akan terikat untuk melaksanakannya jika dalam bidang kuasa orang yang mengeluarkan waran atau perintah itu.
Tiada seorang pun syerif, bailif atau pegawai lain Mahkamah yang dipertanggungkan dengan tugas melaksanakan apa-apa penghakiman, perintah atau waran distress, atau menahan apa-apa harta sebelum penghakiman, boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah sivil berkenaan dengan apa-apa harta yang telah disita olehnya, atau berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada apa-apa harta dalam melaksanakan atau mencuba untuk melaksanakan penyitaan itu, melainkan jika didapati bahawa dia dengan disedarinya telah bertindak melebihi kuasa yang diberikan kepadanya oleh writ, waran atau perintah yang berkenaan itu, dan dia tidaklah boleh disifatkan telah bertindak dengan disedarinya melebihi kuasanya semata-mata oleh sebab dia mengetahui tentang kewujudan sesuatu pertikaian tentang pemunyaan harta yang disita sedemikian.
Tempat yang dalamnya mana-mana Mahkamah diadakan bagi maksud membicarakan apa-apa kausa atau perkara, sivil atau jenayah, hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah terbuka dan awam yang kepadanya orang ramai pada amnya mempunyai akses:
Dengan syarat bahawa Mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa kausa atau perkara atau manamana bahagiannya secara tertutup jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam atau kesusilaan, atau kerana sebab lain yang mencukupi.
Sesuatu Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan bahawa tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana saksi dalam apa-apa kausa atau perkara atau mana-mana bahagiannya yang dibicarakan atau diadakan atau yang akan dibicarakan atau diadakan di hadapannya, atau apa-apa keterangan atau apa-apa benda lain yang mungkin membawa kepada pengenalan mana-mana saksi itu; dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar mana-mana perintah itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
s 16Kaedah-kaedah mahkamah
Kaedah-kaedah mahkamah boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara (termasuk aturan pliding) dan amalan yang hendaklah diikuti di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam segala apa jua pun kausa dan perkara yang dalamnya atau berkenaan dengannya Mahkamah itu pada masa ini mempunyai bidang kuasa (termasuk tatacara dan amalan yang hendaklah diikuti di pejabat pendaftaran Mahkamah itu), dan apa-apa perkara yang bersampingan dengan atau yang berhubungan dengan apa-apa tatacara atau amalan itu, termasuk (tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu) cara yang mengikutnya, dan masa yang dalamnya, apa-apa permohonan yang akan dibuat kepada Mahkamah Tinggi, kepada Mahkamah Rayuan atau kepada Mahkamah Persekutuan hendaklah dibuat;
bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara mengenai rayuan civil atau jenayah daripada mana-mana mahkamah atau orang kepada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan;
(Dipotong oleh Akta A606);
bagi mengawal selia penguatkuasaan dan pelaksanaan oleh suatu Mahkamah Tinggi dekri, penghakiman dan perintah Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi yang satu lagi;
bagi menetapkan bahagian manakah daripada urusan yang boleh ditransaksikan dan daripada bidang kuasa yang boleh dijalankan oleh Hakim dalam mahkamah atau dalam kamar boleh ditransaksikan atau dijalankan oleh Pendaftar;
bagi menetapkan fi dan peratusan yang hendaklah diambil di dalam mana-mana Mahkamah dan bagi mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan kos prosiding di dalam mana-mana Mahkamah;
bagi mengawal selia cara yang melaluinya fakta tertentu boleh dibuktikan, dan kaedah yang mengikutnya keterangan mengenainya boleh diberikan, dalam apa-apa prosiding atau atas apa-apa permohonan berkaitan dengan, atau pada mana-mana peringkat, apa-apa prosiding;
bagi mengawal selia percantuman pihak dan bagi menetapkan dalam hal-hal apakah orang yang tidak hadir, tetapi mempunyai kepentingan dalam sesuatu kausa atau perkara, hendaklah terikat dengan apa-apa perintah yang dibuat dalamnya, dan dalam hal apakah perintah boleh dibuat bagi pewakilan orang yang tidak hadir oleh satu pihak atau lebih dalam sesuatu kausa atau perkara;
bagi mengawal selia kadar bunga yang kena dibayar atas segala hutang, termasuklah hutang penghakiman, atau atas jumlah wang yang didapati kena dibayar ketika mengambil akaun antara pihak, atau atas jumlah wang yang didapati kena dibayar dan belum dijelaskan oleh penerima atau orang lain yang bertanggungan untuk memberi akaun kepada Mahkamah:
Dengan syarat bahawa apa-apa kadar bunga tidak boleh sekali-kali melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak-pihak;
bagi mengawal selia kaedah yang mengikutnya sesuatu writ penyitaan dan penjualan boleh dilaksanakan, dan cara yang mengikutnya penyitaan boleh dibuat ke atas apa-apa harta yang boleh disita di bawahnya, dan kaedah penjualan oleh Syerif atau mana-mana pegawai lain Mahkamah apa-apa harta yang disita sedemikian, dan cara yang mengikutnya hak dan hakmilik pembeli harta itu di mana-mana penjualan oleh mana-mana pegawai Mahkamah boleh dijaminkan kepada pembeli;
bagi mengawal selia penzahiran harta penghutang penghakiman untuk membantu pelaksanaan apa-apa penghakiman;
bagi mengawal selia pengambilan keterangan di hadapan seorang pemeriksa atau atas tauliah atau dengan surat permintaan, dan bagi menetapkan hal keadaan yang dalamnya keterangan yang diambil sedemikian boleh dibaca dalam perbicaraan sesuatu tindakan;
bagi menetapkan dalam hal apakah Mahkamah boleh bertindak atas perakuan akauntan, aktuari atau orang sains lain;
bagi menetapkan tugas Akauntan Negara berkenaan dengan wang atau harta dalam jagaan Mahkamah, dan khususnya bagi menetapkan kaedah pemindahan sekuriti kepada nama Akauntan Negara, dan cara pelaburan mana-mana wang itu, dan kadar bunga yang hendaklah dikenakan ke atasnya, dan, sehingga peruntukan lain dibuat berkenaan dengannya, cara yang mengikutnya wang tidak dituntut boleh diperlakukan;
bagi meminda, menukar atau menambah borang yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tatacara jenayah; dan
bagi apa-apa maksud yang baginya kaedah-kaedah mahkamah boleh dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
s 17Section 17
Kaedah-kaedah mahkamah di bawah seksyen 16 boleh dibuat oleh suatu Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang dilantik sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:
Pembuatan kaedah-kaedah mahkamah
Ketua Hakim Negara, yang hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa itu;
Presiden;
Hakim-Hakim Besar;
seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, seorang Hakim Mahkamah Rayuan, seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya, dan seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, yang hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Negara bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan secara bertulis;
Peguam Negara, atau penamanya;
Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur;
tiga orang peguam bela, seorang yang menjalankan amalan di Negeri di Semenanjung Malaysia, seorang yang menjalankan amalan di Sabah dan seorang yang menjalankan amalan di Sarawak, yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara bagi apa-apa tempoh yang dinyatakannya secara bertulis; dan
$ ^{} ( h ) $ Ketua Setiausaha Kementerian Undang-Undang, atau penamanya.
Sekiranya Ketua Hakim Negara tidak hadir, Presiden atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang hadir hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa itu.
Dalam apa-apa mesyuarat Jawatankuasa Kaedah-Kaedah lima orang anggotanya membentuk kuorum. Segala soal hendaklah diputuskan dengan undi lebih suara anggota yang hadir dan mengundi:
Dengan syarat bahawa—
tiada kaedah boleh dibuat berhubung dengan Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan tanpa persetujuan Ketua Hakim Negara baginya; dan
tiada kaedah boleh dibuat berhubung dengan mana-mana Mahkamah Tinggi tanpa persetujuan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu baginya.
Kaedah-kaedah mahkamah yang mempunyai implikasi kewangan hendaklah dirujuk kepada Kerajaan bagi kelulusannya.
Kaedah-kaedah mahkamah hendaklah disiarkan dalam Warta, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh penyiaran atau pada apa-apa tarikh lain yang ditentukan dalamnya.
Kaedah-kaedah mahkamah hendaklah dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat pada mesyuarat pertama selepas penyiarannya, dan bolehlah tidak dipersetujui keseluruhannya atau sebahagiannya melalui suatu ketetapan Dewan Rakyat.
(Ditinggalkan).
(Ditinggalkan).
Ketua Hakim Negara boleh memanggil mesyuarat Majlis semua Hakim sebagaimana dan apabila didapatinya perlu tetapi supaya ada sekurang-kurangnya satu mesyuarat pada setiap tahun.
Presiden boleh, dengan kelulusan Ketua Hakim Negara, memanggil mesyuarat Majlis Hakim Mahkamah Rayuan sebagaimana dan apabila didapatinya perlu.
Hakim Besar boleh, dengan kelulusan Ketua Hakim Negara, memanggil mesyuarat Majlis Hakim Mahkamah Tinggi sebagaimana dan apabila didapatinya perlu.
Prosiding di Mahkamah Tinggi hendaklah dibereskan oleh Hakim tunggal
Bahagian II
Mahkamah Tinggi
Bahagian III
Mahkamah Rayuan
Bahagian IV